PULAU TIOMAN

Hai guys, kali ni saya nak share sikit tentang Pulau Tioman. Kenapa saya dan kawan-kawan saya pergi ke Pulau Tioman? Dalam waktu musim tengkujuh ni kami pergi dalam keadaan kecemasan. 


Mesti korang semua tak sabar nak baca kan? Haa, meh sini saya cerita. sebernanya kami satu kelas ke Pulau Tioman sebab nak siapkan assesment subjek expedisi kami dalam keadaan kecemasan. sebab apa ya? Benda yang kita tak jangka iaitu sebab kes covid-19 ni meningkat sekarang nii takut pulak kami nak teruskan aktiviti kami. Tapi alhamdulillah kami lancar membuat aktiviti disana , selepas balik semua baik-baik sahaja. Semoga virus covid-19 ni cepat beransur . aamin hehehe 


PETA PULAU TIOMAN 

Saya cerita sikit pasal Pulau ni. Pulau ini terletak di daerah Rompin, Pahang dan merupakan anatara 3 buah pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian - pulau di negeri semenanjung. Bukan sahaja menjadi pengunjung tempatan, malah pelancong luar negara juga suka bercuti disini. Pulau ini salah satu terbesar di antara 3 pulau pilihan (Perhentian, Redang dan Tioman). Korang nak tau? Pulau ni dikatakan dan dinobatkan antara pulau-pulau yang tercantik didunia sewaktu dahulu. Kenapa dia menjadi tarikan ? Sebab, keindahan pantai dan kejernihan air laut dan kepelbagaian hidupan laut dan batu karang yang cantik ni untuk siapa yang peminat snorkelling. 


Tapi, kalau korang nak plan ke sana korang kena tengok masa yang sesuai. Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Tioman akan tutup dari Disember sehingga Februari kerana pada waktu ni Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh. Sama seperti pulau-pulau yang lain. Tapi ada dah start tutup mulai November. Tempahan bilik biasanya akan mula buka untuk penginapan mulai bulan Mac. Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat. Jadi kalau ombak dan angin kuat buat apa bercuti di pulau kan.. bahaya dan tak boleh buat aktiviti snokelling. 


Kalau korang nak pergi tunggu bulan April- September, biasanya May-September adalah bulan paling sibuk. Kena ingat juga, cuaca ni sukar nak jangka. Adakala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit. Kalau pergi bulan April- September memang bukan musim tengkujuh tapi kalau hujan anggap jee nasib kita tak berapa baik. hehehe 


Transport ke Pulau Tioman 

Feri ada 2 pilihan.

1. Feri dari Jeti Mersing

2. Feri dari Jeti Tanjong Gemok, Rompin 


Masa perjalanan dari Jeti Tanjong Gemok 1 jam 30 minit bergantung kepada lokasi jeti/kampung di Pulau Tioman yang mana korang check in tu. Korang kena alert nama jeti apabila disebut, takut salah turun jeti dan susah kan. Kepada yang mabuk laut tu boleh makan ubat mabuk laut sejam lebih awal sebelum naik bot. Dalam feri tu daah sedia kan plastik hitam , kalau rasa nak muntah korang boleh ambil plastik tu. 


Tu sahaja sharing daripada saya. next, saya akan share tentang aktiviti ekpedisi apa yang kami buat. stay tune gais! 




Comments

Post a Comment

Malu bertanya sesat jalan :D

Terima Kasih lepak sini, nanti datang lagi yer

Popular posts from this blog

HOW TO USED ICON CUTE BESIDES AUTHOR

The words are yours

HOW TO CREATE TILTLE BLOG LIKE GIF